Bahaya Facebook

Gambar ni , menerangkan sedikit sebanyak perkara yang perlu dielakkan.
Salam , haaa seram tak baca tajuk entry ni. haha.... apa pulak mc ni , takkan la main facebook pun bahaya kot , yelaaa, semua perkara ada pro n cons nye kan , sama jugakdengan laman sosial samada facebook, twitter or insta , semua ada kebaikan dan keburukannya , mc tak nak cerita pasal kebaikannya , mc nak cerita pasal keburukannya , sebab kebaikan konpem2 la semua orang tahu kan , keburukan tak semua orang tahu , dan kebanyakannya nye , youngters sekarang , banyak yang melakukan perkara tersebut , termasuklah mc , jadi entry ni adalah untuk mc pesan sesama kita . 
  
Selain dari gambar diatas , kita juga hendaklah berhati-hati segala yang diupdate kan , sebagai contoh , seorang gadis , update 
"saya bersendirian di rumah.Sunyinya. Family balik lambat.Baaru je keluar"
secara kebetulan pula, jiran nye seorang lelaki dan terbaca status itu , dan jika lelaki tu berniat buruk keatas gadis tu , apa agak-agaknya yang akan terjadi kepada gadis tadi. Pikir-pikirlahh sendiri ye.
Segala hal peribadi , jangan lah kita dedahkan kepada orang ramai. 
                                                                        atau
"on the way bank in RM20 000 di Bank Dot Dot , alamak sunyi la pulak kat situ, semoga baik-baik sahaja "
tak perlu pon update semua tu , sebab status tu lah yang akan mendorong berlakunya perkara yang tak elok kepada kita.
banyak lagi keburukannya , tapi tu je yang paling penting yang mc nak share .

Baitullah Dengan IzinNya | Terima Kasih Menjemputku Ke BaitullahMu

Assalamualaikum Sahabat ku ,entry mc hari ni bukan lah niat yang sebaliknya namun niat untuk berkongsi pengalaman ketika di Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah ,Thank You Allah kerana telah menjemputku ke Rumah Mu Ya Allah. Semoga aku mampu untuk mengunjungiMu lagi , In Shaa Allah.Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Sahabat ku sekalian , sebelum mc menjejakkan kaki , pelbagai dugaan yang mc telah lalui , belum lagi tiba di Tanah Suci .Subhanallah , besarnya kuasa Mu Ya Allah.Tarikh yang telah ditetapkan untuk family mc berangkat ke Tanah Suci Mekah telah beberapa kali ditunda. Pada mulanya kami memilih tarikh 18/1/2014 namun ditunda ke tarikh 2/2 kerana ketiadaan visa . Dan kami dimaklumkan semula ditunda ke tarikh 5/2 dan seterusnya 10/2 . Dan Alhamdulillah , 10/2 kami telah berangkat ke Tanah Suci Mekah . Alhamdulillah , Dengan IzinNya , kami selamat tiba di sana.
Betullah yang pernah dikatakan , jika belum dijemput oleh Allah , kaya macam mana pun kita , berpangkat macam mana pun kita , kita tak akan sampai disana , namun , jika kita meminta dan bersujud kepada Nya , memohon kepada Nya , In Shaa Allah , kita lah tetamu yang paling istimewa. :)
Kami bertolak dari Malaysia 'bout 12.30 tgh hari , kami pergi dengan Air Asia X je , taak naik flight Arab Saudi pun haa, :p
sepanjang perjalanan , berzikir dan berdoa lah semoga kita mendapat redhaNya , dan selamat di Tanah Suci Mekah.
Kami tiba di Airport Jeddah lebih kurang pukul 5.45petang di Mekah , dan di Malaysia , 10.45 malam.
Airport Jeddah
Selepas Maghrib,dari Jeddah kami terus ke Madinah.


 Ok lah , panjang sangat pulak . InShaaAllah akan di sambung lagi pengalaman di sana. In Sha Allah . :)

buaya punya cerita :p

Assalamualaikum kawan-kawan , tajuk entry tu dah macam nak cerita kisah2 dogeng je, haha
ok , si kancil dan sang buaya, pada suatu hari, oppsss,haha
cerita buaya mc ni takde kaitan pun dengan cerita buaya dengan kancil tu , takde kaitan jugak dengan buaya darat , ia cuma berkaitan dengan duaya tembaga je , haha . no no no.... cerita mc ni pasal jam cap buaya,

 mc cuma nak mengucapkan thank you very very very very muchoooo laaa kat my superb man ni , sebab dah hadiahkan jam cap buaya tu kat mc ye,mc jejakkan kaki kat Malaysia je , terus bagi hadiah ye , amboi , banyak nye duit dia beeli jam ni yer.... guna BR1M la , haha
jangan marah ok awak :p
apa-apa hal pun , tenkiu sangat . And I love it very much , kata nya, nak belikan mc jam sama dengan yang dia punye tu haaa,  nak jadi macam jam couple la,
alololo sweetnye dia, haha , cubit pipi sikit,  >.<



Jadual Puasa 2014

Kalendar puasa 2014 , seperti jadual untuk kita berpuasa .Klik untuk tumbesaran ye kakak2, abang2 dan adik2 comel :D

mc cuma nak share untuk rujukan bersama , semoga segala yang dishare ini berguna dan mendapat berkat dari Allah S.W.T. 
seperti yang kita tahu , puasa ni ada banyak kelebihannya , mc nak share sikit kelebihan puasa untuk tubuh badan kita, in Shaa Allah bermanfaat. 
Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?
> Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
> Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
> Asid-asid lemak trans.
> Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
> Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
> Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
> Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
> Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
> Kolesterol berlebihan.
Apa kesannya?:
> Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
> Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
> Sistem saraf diseimbangkan.
> Paras tenaga dipertingkatkan.
> Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
> Biokimia selular diharmonikan.
> Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
> Lebih mudah bergerak.
> Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
> Sistem digestif direhatkan.

dan yang paling penting , sseseorang yang berpuasa sangat mulia disisi Allah , sama2 lah kita beramal dan semoga ikhlas dalam beribadat.
Renung-renungkan dan selamat beramal wahai sahabat :)

ComeBack Entry

amboi , come back naaaa ... huhu hye everyone , lamanya rasa tak berbelog ni, maklumlah cuti sem , blog pon cuti sama la.huhu
dah berhabuk dah belog ni haaa....
nampaknya hari ni kena lah servis bagi bersih sikit belog ni , hhaha
actually mc tak sempat nak bukak blog sebab bila dah balik rumah tu , banyak la sikit kerja. and of course la banyak spend masa dengan family dari layan lappy comel ni kan....bukan selalu pun balik ni,
and now is my first week for my new sem in UPM,
FIRST WEEK ?? awatnyaaa ??? orang lain dah second week dah mc oi....hehe
pasainya mc daftar lambat , pasai apa daftar lambat , sebab seronok sangat duk kat rumah sampai lupa nak kena mai UPM balik.haha
tak ada la, UPM tetap di hati , mc pergi bercuti laaa,
amboi , bercuti sampai kena daftar U lambat ke ?? huhu
ketentuan Ilahi , nak buat macam mana , mc dah cuba sedaya upaya , tapi tarikh tu je yang dapat, selepas 3 kali ditangguhkan .
Okay , sekarang sape nak ole-ole ??? angkat tangan !
In shaa Allah mc bagi :)
sekadar hiasan,haha