Apabila Lelaki Hanya Ada Diploma Dan Perempuan Mempunyai Ijazah 

          Assalamualaikum         
Entry hari ni mc cuma nak kongsi cerita dari Acik pemilik blog Aku penghibur.Mc tertarik dengan entry ni sebab macam kena je dengan situasi mc dengan dia sekarang ni. Huhu, mc harap cerita yang mc share hari ni bagi banyak manfaat kat mc dan semua ye... :D

                 
 Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur atas nikmatnya. Marilah kita berselawat ke atas nabi muhammad saw.Hari ini acik mendapat email bagi memberi respon terhadap status acik di facebook tentang Perempuan (Degree) Lelaki (Diploma).              Penghantar email : assalamualaikum , ini acik  pemilik blog aku penghibur tu kan ? Saya Mira ,rasa terpanggil pula nak kongsikan cerita hidup saya berkenan dengan status acik di page acik berkenaan perempuan Degree dan lelaki Diploma.                                                                                     
Acik : Walakumusalam, yer mira , saya pemilik akupenghibur.com. Wahh seronoknya ada yang mahu share cerita nie , alhamdulilah silakan.                                                                                   
 Mira : Naseb betul , puas juga cari email acik akhirnya jumpa jugak. Sebenarnya dah lama Mira nak contact dengan acik tapi tak tahu caranya. Okeylah macam gini acik, masa mira umur 24 tahun mira bagitahu pada parent bahawa mira mahu kawini calon pilihan mira.Pada mulanya, parent tak kisah bila mira sebut pasal kawin ni, tapi bila mira bagitahu yang lelaki tu hanya diploma saje ayah terus macam menolak dan suruh mira fikir banyak kali atas apa yang mira katakan. Bersediakah hanya lelaki sekadar diploma ??  Ayah selalu cakap cari lelaki itu lebih tinggi pendidikannya dan sekufu dengan kita. Sebab perempuan yang  mempunyai (degree) itu mungkin bergaji RM 4 ribu ke atas ke? pastu lelaki yang Diploma tu bergaji RM 2000 jer ? ayah dan ibu mira risau sangat kalau lelaki tu akan ambik kesempatan atas mira . Apa yang difikirkan  mereka adalah  seperti macam kereta takut dia gunakan kereta mira kerana abang hanya ada motor saje, takut nanti tiap-tiap bulan duit sewa rumah, mira bayarkan . perbelanjaan dapur,bila mengandung? - mira kena guna duit sendiri jugak untuk bersalin. persiapan anak-anak dan lain-lain.Bila dapat anak? - kos babysiter,,susu,pampers? mira yang kena tanggung.                                                                              
Acik : Wahh begitu terperinci, maaf mira acik nak tanya , mira ada buat istikarah ?  mungkin parent mira risau sangat tentang mira. Jadi bagaimana seterusnya adakah mereka setuju ? dan apa yang mira buat ?                                                                          
   Mira :Alhamdulilah acik, sebelum kawin,mira buat solat istikarah , selama 1 minggu untuk mendapatkan jawapannya, dan hati ni kuat mengatakan dia adalah jodoh mira. Mira bagitahu pada ibu tentang hal ini dan ibu sokong mira, ibu kata paling penting adalah agama, jika elok agamanya maka eloklah jalan hidupnya. Mira lega bila ibu restu kami .Dan mira tetapkan satu hari untuk abang berjumpa dengan parent mira. Ayah tegas katakan dia masih tak dapat terima, yelah abang hanya sekadar technician. Atas pujuk rayu mira dan ibu , ayah benarkan kami berkahwin kerana sayang pada mira. walaupon perkahwinan kami pada awalnya kurang senangi Ayah tetapi kini ayah dapat terima dia seadanya dan kami semua percayalah pada jodoh dan takdir Allah. Abang (suami) alhamdulilah jenis yang tak pernah tinggal solat dan mempunyai ilmu tentang agama.  Bila mira kawin dengan dia, mira rasa bahagia dan bersyukur dengan Jodoh dari Allah. Walaupon abang gajinya lebih kecil dari mira, segala belanja rumah dan keperluan kami dia yang tanggung, abang pandai manage kewangan dia dan segala pembelanjaaan.Niat mira kat sini bukan nak sanjung suami mira, tapi kepada kamu semua lelaki di luar sane, jangan cepat putus asa, percaya pada jodoh Allah dan sentiasa tingkatkan diri serta jangan jauh dari Allah. Alhamdulilah sekarang abang dah habiskan degree dia yang di ambil jarak jauh. Nasihat Mira lagi pada isteri yang lebih tinggi pendidikan/gajinya. Jangan hanya kerana kamu lebih dari si suami kamu berhak untuk marah-marah dan memperlekehkan kemampuan suami kamu,itu salah.Bila bergaduh jangan ungkit berungkit soal taraf pendidikan ,gaji dan apa sahaja yang awak rasa lebih dari suami.bagaimana pon dia adalah pilihan kamu dan sepatutnya kamu perlu terima. Nasihat mira pada semua , yakin pada Allah , jika ada keraguan buatlah istikarah  dan yakin denganNya. Carilah lelaki/ perempuan yang mementingkan agamanya, kerana hanya itu yang memastikan hidup kita bahagia atau tidak. Kawal pembelanjaan, dan usaha serta ada harta.Terima kasih acik kerana dengar cerita mira ini dan di siarkan Alhamdulilah mira, untung sekali kamu berdua, acik doakan perkahwinan kamu berkekalan di dunia dan di akhirat. nasihat acik pula..usahlah berkira tentang sekufu pendidikan.Cukuplah dia sempurna imannya dan ibu bapa kita merestui pernikahan.sekufu itu banyak cabangnya,jika tak dapat memenuhi semua kriteria.Terimalah dia seadanya sahaja kehidupan yang sebenar adalah kehidupan selepas berkahwin.sabar dan rajin berusaha untuk ke arah yang lebih baik dari segala segi..baik dari beribadat mahupun mencari harta benda .Memang la banyak cabaran kalau kahwin dengan orang yang tidak sekufu..tapi bukannya islam melarang. Yang penting, suami sedar tanggungjawab dia dan berusaha supaya taraf menjadi sama. Nabi Muhammad SAW pun berkahwin dengan Siti Khadijah tetapi mampu hidup bahagia walaupun tak sekufu (dari segi harta)...yang penting terima seadanya pasangan kita. Yang penting lelaki kena tau tanggungjawab dia, kena rajin cari rezeki, bersungguh-sungguh dan ikhlas cari duit untuk family, barulah rezeki tu berkat.Maaflah jika ada terkurang dari nasihat acik nie, Sebab acik pon belum berpengalaman tentang perkahwinan dan semua nie. Ini hanya sekadar pendapat acik yang banyak kekurangan nie :)        

#saya pun yakin jugak awak terbaik untuk saya .
In shaa Allah. Doa bg cepat2 boleh kawen ok. Haha .

Sumber : Acik

Petua Nak Jadi Cantik


Salam . Hari ni mc nak share sikit petua macam mana nak jadi cantik. Bukan dengan gunakan produk tp hanya dengan amalan harian. In shaa Allah , kita lah yang PALING CANTIK.

Dari status Ustaz Nasir ... 
PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud
Amalkan hari-hari....in shaa Allah kelihatan 'cantik'
Cantik bagaimana?
Cantik 'hati', cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan....

Jika Aku Mati, Tolong Buang Gambar Aku dan Awekku Berpeluk Pada Malam Tahun Baru Lepas Bab 02




Kau takut mati? Rasanya kalau tanya sapa2 pun, dia akan mengaku dia takut mati. Tapi kalau kau fikirkan balik, mati tu pasti. Jadi kenapa nak takut?

Aku rasa kita selalu tanya soalan yang salah pasal mati. Sepatutnya soalan dia berbunyi, "kau ready ke nak mati?" Semua orang akan kata tak ready. Nak kena ada insurans dulu, nak kena buat itu, nak buat ini, risaukan keluarga yang bakal ditinggalkan.....Tapi kalau dah nak meninggal, bukan boleh buat apa pun kan?

Sebenarnya, mati tu sangatlah dekat tapi kita selalu fikir masa kita masih panjang lagi. "Ah, aku muda lagi...ah, aku baru aje 20 an!" Ayat biasa masyarakat kita. Muda lagi....kuat lagi......Sebab tu kita boleh nampak yang pegi masjid ni gengyang tua, yang tak ada kat masjid yang muda.

Tuhan dah kata kat kau yang mati tu pasti. Yang Maha Genius nya...Allah tak bagitau kau bila kau mati. Ramai orang takut nak fikirkan kenapa begitu sedangkan sebab tujuannya adalah sangat menggembirakan jika kau fikirkan betul-betul...

.......................

Semua orang selalu tercari-cari apa rahsia nak berubah. Ada gadis yang berat nak pakai tudung nak tunggu hidayah dulu...ada mamat yang suka tekel awek bersilih ganti untuk tujuan sumbang tapi berjanji dengan sendiri bila dapat petunjuk dia akan stop.

Semua orang mencari "our stopping point" tu. Semua orang carik moment di mana dia akan kata "dah dah, aku nak insaf...aku dah tak nak buat benda tak senonoh lagi dah." Semua orang mencari dan mencari dan mencari dan menunggu untuk insaf.....padahal insaf tu dah ready tunggu dia.

Jika kau orang2 macam ni, yang sama macam aku, yang bertangguh nak insaf, yang senantiasa mencari petunjuk ni, signs ni....tanya dengan diri sendiri dalam tiap2 benda yang kau nak buat, dalam segala perbuatan kau, sebelum kau buat benda tu....tanya; "Macam mana kalau aku mati lepas ni?" Kau nak gi rumah awek nak bawak dia dating tengok wayang? Tanya. Kau nak gi merempit dengan boifren naik motor sambil boifren kau wikang motor nak tunjuk sproket motor baru? Tanya diri dulu.

"Macam mana kalau aku mati lepas ni? Adakah maruah aku akan terpelihara?" Once kau mati, siapa lagi nak bela maruah kau? Kau dah mati!  Lepas ni, dalam tiap2 benda kau nak buat, TIAP-TIAP BENDA, tanya diri sendiri dulu soalan tu. Kemudian kau akan sedar sendiri mana satu elok mana satu buruk sebab kau dah dekatkan diri kau dengan kematian kau sendiri.

Ini aku tujukan kepada gadis2 dan mak2 orang yang main bantai aje letak gambar tak tutup aurat kat Facebook dan kemudiannya bila dah meninggal, menggelebahlah si waris dan family nak mintak tolong jangan sebarkan gambar si polan ni sebab dia tak tutup aurat.

Kau menyusahkan orang lain sis!

Jika kau dah baca apa aku tulis ni, jadi at least somebody dah cuba ingatkan kau sebelum kau meninggal. Jangan pulak kau datang balik sebagai hantu dan kacau manusia2 yang masih hidup suruh buang profile kau hanya kerana akaun Facebook kau profile picture dia gambar kau kissing dengan boyfren, membuatkan roh kau tak tenang...

Hahaha.
Aku bergurau je ni.

.....................

Ada lagi satu masalah lain yang selalu menimpa masyarakat kita. Kita selalu tak menghargai orang yang ada di sekeliling kita. Kita selalu assume orang yang lebih baik akan muncul.

1. Suami dah ada isteri, nak yang lebih baik, nak yang buah dadanya lebih gebu. Nak yang layan dia macam playboy bunny.

2. Isteri, nak suami yang lebih baik, sebab suami dia sekarang perangai macam lahanat. Nak mintak tolong cuci pinggan pun bergaduh.

3. Ada jugak lelaki yang masih lagi mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri sedangkan di depannya dah ada seorang wanita yang sudi. Begitulah juga wanita dan pencarian masing-masing.

Kita selalu hidup dalam dilema sebab kita always waiting for the sign. Act of God. Moment. Petanda. Hidayah! Kita tak yakin. Pada kita, kita takut nak grab chances yang ada kerana kita nampak keliling kita ada banyak lagi opportunities yang possible untuk dicapai! Terlalu banyak opportunities membuatkan kita kelabu mata dan insecure dengan apa yang kita dah ada...

Bagaimana kalau mereka2 ni ditarik balik?
Bagaimana pulak kalau kita yang tak sempat?

Kita boleh merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tapi kalau kau yang bertangguh dan kau yang tak reti appreciate apa yang kau ada...itu salah kau. Sebab kau tak gunakan mati dalam pembentukan kasih sayang dan hubungan.

Kita gunakan mati hanya bila diorang ni dah mati. Lepas tragedi, lepas musibah, lepas insiden, lepas eksiden, barulah terbayang mati. Sebelum tu...."enjoy sampai mati."

.....................

Kau tau apa rahsia nak pupuk kasih sayang sebenarnya?

Cara paling baik nak pupuk kasih sayang dengan diri sendiri adalah untuk ingatkan diri, kau boleh mati bila2. Nak pupuk kasih sayang sesama insan, kau perlu ingatkan diri kau, diorang yang kau sayang ni...boleh mati bila2.

Harapnya selepas tu akan terbentuk cycle di mana secara automatik kau akan takut buat benda salah dan kau akan pastikan yang orang yang kau sayang di sekeliling kau dapat rasa kasih sayang kau. Kau cuba bayangkan kalau isteri kau pun buat benda yang sama? Kalau kau tau esok kau mati, kau bayangkanlah macam mana layanan isteri kau malam tu?

Mesti terbaik punya sebab dia pun nak jadikan benda tu memorable.....kan? Last day bersama. Semua benda yang selama ni kau nak dia buat, sure dia akan buat. Kau nak makan apa? Kau nak minum apa? Kau nak gaya apa?

Tapi kenapa bila dah nak mati baru buat?
Masa hidup tu buat apa? Kenapa masa hidup ramai yang anggap lagi baik aku hidup takde laki takde bini?

.................

Trend sekarang ni kalau kau tengok, dunia seolah2 mengajak kita enjoy hidup, spend masa buat benda yang kau berminat nak buat, tangguhkan kahwin dan ada anak selagi impian kau tak tercapai. Serius. Kau tak percaya kau tengok la berapa orang yang hold off tak kahwin hanya kerana duit tak cukup. Ataupun hold off nak dapat anak hanya sebab nak rasa melancong ke luar negara dan bila dah ada anak nanti...dah takleh buat.

Kalaulah kau tau lagi 9 bulan, kau mati....kau nak buat anak atau kau nak gi melancong? Kalau lagi 3 bulan kau mati, kau nak kahwin dengan minah tak berapa hot yang nak sayang betul dengan kau atau kau still nak tunggu gadis berwajah mirip Emma Maembong tu?

Jika kita ada deadline...kita akan really push benda yang kita nak. Masalahnya, ramai yang salah paham mengenai kematian ni punya deadline. Deadline kematian ni bukannya lambat lagi, waktu tua atau bila dah tua ganyut. Deadline kematian sebenarnya adalah "sejenak selepas ni..."

Jadi, apa sebenarnya priority kau? Anak atau melancong? Kahwin atau terus mencari? Jika kau masih lagi dalam dilema ni atau kau cuba mencari bantuan dalam membuat keputusan, jadikan mati sebagai kawan baik kau. Sebab itu aje yg pasti dalam hidup ni, kan?

Mati akan mengajar kau untuk sort out kau punya priority. Mati juga akan mengajar kau macam mana nak memberi kasih dan menerima sayang. Serious shit. Cuba kau fikir betul2. Tapi orang kita, bila mati aje, terbayang batu nisan, kubur dan hantu bungkus melompat-lompat.



..............

Akhirnya, tanyalah diri sendiri, kau nak mati macam mana.
Kau dah diberi pilihan. Pandai2 la kau corakkan. Kau selalu pegi clubbing ada kemungkinan mati tengah shuffle dekat disko. Percentage untuk mati tak berapa elok ni, lagi tinggi kalau kau pilih jalan tak berapa elok, kan?

Semua terpulang kepada diri sendiri. Kau nak mati elok? Kau dah tau apa yang kau perlu buat.... usahalah buat benda elok...sepanjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang hidup kau.

Kalau sebelum mati lagi kau dah pesan dekat orang "mintak tolong kalau aku mati, tolong padamkan gambar Facebook aku yang aku tayang aurat ya" itu kan maknanya, waktu kau hidup ni, kau sendiri dah tak peduli maruah kau sebenarnya. Betul la kan pandangan aku ni?

Kau dah diberi peluang dan masa...tapi kau gunakan peluang tu untuk sampaikan wasiat bullshit kau itu. Padahal....boleh aje kau remove sendiri gambar2 itu.

Sumber : Cursing Malay

MH 370 | Semoga Allah Memberkatimu


"MH370, we hope the radar can see you. If you copy, keep flying at your current height until you reach your destination.
"We'll clear the way for you. Everybody is more than happy to let you be the first to land.

"The sky is clear, with temperature in Beijing at five degrees Celsius, a little bit cold. Please wear your coats to keep warm.
"Remember to hug your family and friends after you disembark. They love you, they really do."
---------
"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.
Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.
Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.
Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."








BEWARE ! Penipu Online & Cerita Sedihnya.

Assalamualaikum  :D
lame dah tak update blog ni. ehehe...
Hari ni tetiba rajin nak update blog sebab terase sgt marah dengan scammer2 yang ntah datang dari mana ntah . Nama dah cukup baik dah tapi buat keje macam ni. Pagi tadi mc dapat satu emel dari scammer yang bernama Mrs Amira Abubakar .

ni lah emel yang scammer tu hantar dkt mc, haaa besar gedabakk mc letak nak suruh korang baca , kalau tak nampak lagi tekan je gambar tu ok. Mula2 mc baca emel ni mc terfikir jugak betul ke , ke mimpi je. Sebab mase mc bukak emel tu baru pukol 6 lebih . Ada jugak orang dalam dunia ni baik hati nak bagi duit kat mc free2 macam tu je. Kalau betul la kan , mc rasa mc la yang paling bahagia ,hihi, ye la, boleh la kawen cepat-cepat.Dah ada duit kan. Haha , kawen aje mc pk ye...
Lepas sekian lama mc baca emel ni , mc terdetik nak try balas , nak tgk apa lagi yang dia nak cakap kat mc nanti . Mc ingat kan dia dah tak nak balas dah , rupanya ada lagi cerita dia . Huhu. Menyayat hati sangat cerita nya .


Lepas korang baca mesti korang fikir mc ni tak berhati perut sebab mc cakap dia ni PENIPU . entah2 dia betul2 sakitkan.sekarang cuba tengok ni pulak

benda sama tapi tarikh lain.

benda sama tapi dari awal tahun lepas lagi .

orang yang berbeza tapi menawarkan benda sama dan barah juga.
itu je yang mc nak share . mc cuma nak pesan beware . walaupun kita kesian dengan dia, tapi selidik dulu baru lah kita buat tindakan apa yang patut. Syukran :D

Cantik Ciptaan Allah


Ciptaan Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan,
TAPI tahap manakah takrifan cantik bagi setiap individu,
Adakah cantik dengan ketebalan make-up?
Mahupun cantik dengan pakaian seksi?
Ataupun cantik dengan kecantikan/kehenseman wajah secara neutral (neutral beauty)?

CANTIK itu SUBJEKTIF,
Ia perlu dijaga dengan PROAKTIF,
Untuk melahirkan individu yang KREATIF,
Dan berfikiran POSITIF.
Usah bimbang jika tiada yang memandang,
Tapi risaulah jika ALLAH TAK PANDANG.
Siapkan dirimu dengan iman dan taqwa,
Insyaallah PANDANGAN Allah akan menyusurmu jua.
"Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya jika kamu orang yang beriman."(3:139)