DUGAAN ALAM PERTUNANGAN AKU

Entry ni di catat dari ketinggian yang aku sendiri pun tak pasti , haha, dalam AK6443 di seat 16D dari KUL - KBR . Sambil dengar lagu 'Hurt' - Christina Aguilera.
Hari ni aku pergi airport , aku naik flight , aku berlepas tanpa pengetahuannya. Aku cuba hantar pesanan melalui aplikasi whatsapp , hanya dengan pesanan, "saya dah kat airport". Aku menunggu balasan dari dia, tapi tak ada satu pun pesanan yang masuk. Hanya panggilan dan pesanan dari ma aku sahaja yang aku terima. Alhamdulillah, masih ada yang sayang. 

But, bila tunang sendiri abaikan kita , it's hurt. Yesss, its HURT. aku sendiri pun tak tahu mana silap aku, tapi mungkin aku ada buat silap tanpa aku sedari. Masuk tiga hari aku dilayan macam ni. Mungkin ni yang dimaksudkan , dugaan bila bertunang. Aku tak nak cerita banyak pasal ni , aku cuma nak cerita pasal kenangan yang buat aku happy supaya aku dapat hadap semua dugaan dari setan ni.

Tunang aku??Aku bertuah sangat dapat dia, mungkin dia akan pimpin aku ke jalan yang benar suatu hari nanti, bila 'Aku terima nikahnya' atas nama aku dilafazkan oleh dia. Aku tunggu saat-saat bahagia tu. Aku tahu , setiap orang ada lebih ada kurangnya. Dan aku pun , aku harap dia akan terima kekurangan aku. In Shaa Allah. Aku menanti saat untuk aku cipta kenangan yang beri kebahagiaan dan diredhai olehNya.Sungguh aku tak sabar untuk perolehi saat itu.

Ramai orang pertikai keputusan aku untuk kahwin di usia ini. Katanya terlalu muda untuk aku, dan aku masih belajar dan masih berbaki 2 tahun untuk tamatkan pengajian aku. Bagi aku, aku dah tak sanggup untuk mencipta lebih banyak dosa diusia muda aku dengan merindui orang yang bukan Halal bagi aku. Aku nak Halal, Aku nak Pahala , Aku juga manusia , pendosa yang ingin kan syurga. Aku harap Allah mudahkan urusan kami yang aku rasa berat untuk aku tanggung tika saat ni, setelah 6 bulan kami di ikat sebagai tunang.Dugaan demi dugaan perlu ditempuhi.

Aku pilih tunang aku, sebab aku tahu dia terbaik. Aku tulis semua ni dalam keadaan hati aku sedikit terluka , sikit je taw, tapi aku taw aku kena kuat untuk pertahankan hubungan aku dengan dia. Tak ada satu pun perhubungan yang tidak pernah punyai masalah. 

INILAH DUGAAN AKU DALAM ALAM PERTUNANGAN.
#bilanakkawinni

Happy Birthday My Dear Fiancee

Entry ni sambungan dari entry lepas. 

Entry lepas aku cerita macam mana aku sambut birthday ma aku, kali ni untuk tunang aku plak ye.

21 ⓢⓔⓟⓣⓔⓜⓑⓔⓡ 2015

Disebabkan aku tak dapat balik raya haji , so untuk birthday tunang aku, aku just plan untuk pos je hadiah ke rumah dia. Tapi tunang aku ni, dia caring sikit.haha. dia tak nak aku sedih and beraya sorang-sorang kat UPM ni, so, dia nak datang ambik aku kat kl ni. Yes, thats my fiancee. Thats why i love him so much. 
Dari kelantan ke KL, semata-mata nak aku balik beraya dengan family. mula-mula aku risau jugak, takut jadi apa-apa kat dia. tapi takpe la, sebab dia yang sanggup kan. haha. 

Disebabkan dia nak datang ambik aku, aku tukar plan , tak jadi nak pos hadiah birthday dia. Aku hire surprise birthday planner yang kat area selangor plak untuk dia. Aku mintak dia datang awal sikit , dengan alasan dia boleh rehat kejap sebelum bertolak balik sebab dia sorang je yang drive kan. And yes, dia setuju. So, aku plan untuk deco hotel yang dia akan tidur untuk malam tu, and of course aku takde masa dia masuk bilik tu. Haram beb berdua duaan kat hotel ! otak jangan kuning! haha
Aku sewa hotel dekat dengan UPM supaya dia senang nak g ambik aku kat UPM nanti.

Aku plan macam-macam, maklum la takut tak menjadi lagi surprise aku ni, tak tidur malam aku fikir taw. over nye kau ni nyahhh ~

And finally, the day have come. Sepatutnya tunang aku bertolak pagi , tapi disebabkan dia lupa renew lesen dia , dia terpaksa patah balik ke bandar untuk renew lesen dia. So dia bertolak lewat and sampai pon lewat. Aku plan nak bawak dia makan kat mines, tapi bila jadi macam ni, tak dapat la nak makan kat mines sama-sama.Bila dia dah sampai, ada sedikit pertengkaran kecil antara kami. mungkin sebab dia penat sangat and lapar,katanya dari pagi tak makan nasi lagi sebab tak nak sampai lewat sangat. Yang aku pulak , asyik kol tanya dia kat mana. eksaited la katakan, mana tak serabutnya kalau tengah drive aku asyik kol je kan.sampai je, angin dia dah tak ok, dia dah mula marah-marah sebab benda kecil, aku sabar. 
Dalam keadaan marah, dia terus keluar kereta, masuk hotel. Aku plak terbiar kat dalam kereta tu. Dia suruh aku drive sendiri balik UPM. Haaaa, balik sendiri???aku mana pernah drive kat sini, mana la aku berani.lagi la malam-malam macam tu. aku tak berganjak dari tempat duduk aku tu , and damn it! aku menangis! aku tak taw aku menangis sebab apa, semua dah bercampur, kecewa, sedih, takut. macam-macam ada lah. lebih kurang 5 minit , fon aku berbunyi. baru nak fefeeling drama, nak nangis kuat2 , fon plak berbunyi.kacau betul. tunang aku kol. aku angkat fon tu dalam keadaan teresak-esak. saja je buat bunyi teresak-esak tu kuat-kuat sebab nak kasi dia tahu yang aku ni menangis. haha. 
masa dia kol , dia terus tanya aku kenapa buat dia macam ni.hmm , dia cakap dia malu nak turun sebab dia tak tahu yang aku akan buat semua tu kat dia. and teka apa jadi. tunang aku sedih beb! :( lagi la aku rase nak menangis bila dengar dia nangis. dia minta aku tunggu sampai dia keluar dari hotel. 
kitorang pon pegi makan and dia hantar aku balik UPM. happy ending ~ 

            
and yang paling aku tak sangka, semua staff hotel tu kenal dia sebab nampak aku duk keluar masuk dengan akak birthday planner tu bawak belon bagai. semua wish congrates kat dia. ehem, hepi ye bang ~
                                 
           
kad buat sendiri wey,dua malam tak tido demi sekeping kad. :D