Happy Belated Birthday My Love

A тнrowвacĸ enтry
 
мy lovely мoм pυan noraιnι ιѕмaιl тυrn 42 and 
мy dear ғιance МυнaмМad Ғaιz aвd raнιм тυrn 25. yeay!!!

Entry ini aku coretkan untuk jadikan satu memori untuk diri aku sendiri.

Selama 4tahun aku kenal tunang aku, aku akan pastikan setiap tahun aku akan sambut birthday dia. Ehemmm , bukan dia je ya. semua ahli family aku, aku akan buat diorang gembira masa birthday diorang.

Actually, aku plan untuk sambut birthday ma aku sekali dengan birthday tunang aku sebab kebetulan tarikh birthday diorang dekat-dekat , which is on september. aku plan untuk balik kampung and sambut birthday diorang dekat rumah aku sebab kebetulan jugak tarikh birthday diorang hampir dengan tarikh hari raya haji. so, aku plan untuk celebrate masa hari raya haji. 

Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. 
Nak dijadikan cerita, aku hanya dapat cuti sehari je. hari raya pertama je yang aku dapat cuti.dan yang paling sadis , tiket untuk aku balik kampung HABIS. omg , ni semua dugaan. takpe aku redha.so,aku tukar plan untuk hire surprise birthday planner,dan hantar hadiah exactly on the date of their birthday.(maaf english aku broken,tengah try untuk improve )

15 ⓢⓔⓟⓣⓔⓜⓑⓔⓡ 2015

Birthday ma aku, Puan Noraini Binti Ismail

Happy Birthday ma,semoga panjang umur dan murah rezeki. I will love u till my last breath.You are the best mom in the world.Angah akan berusaha untuk jadi anak yang baik dan berguna untuk ma dan we.Angah sayang sangat ma dengan we.sangat sangat sangat.

Malam birthday ma aku, aku suruh surprise birthday planner tu hantar hadiah ke rumah aku. Lebih kurang pukul 8 malam, ma aku kol and cakap thank you. Wahhh , aku happy tak terkata dengan hanya ucapan thank you. sebab terlalu happy , aku tak sedar air mata aku mengalir. terharu sangat. tapi tiba-tiba kakak aku kol. "surprise tak menjadi".katanya sis tu dah kol ma aku awal-awal sebab tak tahu jalan nak ke rumah aku.patutla dia mintak nombor ma aku sekali.kahkahkah.spoil. 
                            
                      

#OneStepCloser

Friday , 10th April 2015.                                                                                                 

I am officially a fiancee to Muhammad Faiz Abd Rahim. Alhamdulillah.Boleh merasa jugak la #onestepcloser . What??? Bertunang sebab nak guna #onestepcloser je. Haha. omg. no no no .                           
Tak bermoral sangat niatnya punnnn. Majlis pertunangan kami tak sehebat majlis orang lain, kami merancang untuk bertunang lebih kurang sebulan sebelum majlis kami berlangsung. Masa untuk persiapan majlis kami teramat la singkat. Disebabkan tu sahaja cuti yang aku ada , dan itu saja masa yg terluang , jadi kami ambil keputusan untuk meneruskan juga perancangan kami. semua urusan agak kelam kabut sebab aku terpaksa selitkan masa sedikit untuk persiapan majlis kami tu. Alhamdulillah , parents aku dgn parents tunang aku sanggup tolong untuk memudahkan persiapan kami. Perkara pertama yg kami beli ialah cincin tunang , kami hanya sedia kan 5 dulang bagi kedua-dua belah pihak. 

5 dulang yg aku sedia kn , satu bentuk cincin, yang lain ialah kek , kain untuk baju melayu , set wallet lelaki, dan coklat. Kami x de jurukamera, aku hanya guna kamera fon kakak dan juga kawan2 aku.Memadai bagi aku, asalkan majlis kami berjalan lancar.  Pelamin yang aku gunakan juga hasil tangan ibu dan mak sedara aku.Make up aku , kakak sulong aku yang make up kan. Jadi , budget untuk majlis kami tidak lah terlalu berlebihan dan tidak terlalu mahal. Baju yang aku guna kan untuk bertunang pula, aku ajak kawan baik aku teman untuk cari di Jalan TAR. Maklum la, aku nak sewa pon memang dah tak sempat, jadi aku ambik keputusan untuk beli je. Harganya pun berpatutan . Dengan harga RM300 ak dapat baju tu dengan veils. Alhamdulillah, puas hati n bersesuaian dengan tema kami, warna peach. Cuma baju sy dgn encik tunang, berbeza sikit tone warnanye.                       

Pada mulanya, tunang aku xnak datang majlis tu sebab dia demam. Lagipun ,kalau ikut kiraan sebenar masa majlis bertunang, bakal tunang tak perlu hadir,cukup dengan hanya wakil keluarga saje yg hadir   ke majlis.Tapi, dia buat keputusan last minute untuk pergi jugak ke majlis " keluarga lelaki dah sampai!" sepupu aku meluru masuk ke bilik aku.                      

Lepas je solat jumaat, keluarga pihak lelaki sampai.Aku dah mula berdebar, tangan aku dah mula sejuk macam mayat hidup. Sepupu aku masuk bilik lagi sekali, dengan muka hairan dia tanya aku, " kenapa bakal tunang mu pakai baju biru?". Terkejut sangat aku masa tu,sbb kitorang dh janji baju warna peach. Rasa nak nangis pon ada, mane x nye, kitorang dh janji nk pakai baju sama, aku cuba intai dari dalam. "eyh, tu bukan warna peach ke dia pakai. yg biru tu adik dia la". fuhhh, lega aku. macam mane sepupu aku boleh tertukar adik tunang aku dengan tunang aku,sedangkan diorang sgt berbeza. omaigodddd, nasib baik.                                                                                                                                            
Bila semua orang dh masuk, aku tunggu je dlm bilik , tunggu masa untuk disarung cincin.Aku dengar diorang gelak2 kt luar, aku kt dlm bilik xtaw apa yg diorang bualkan. sabar menunggu. Aku xde banyak gmbr yg aku sempat ambik masa majlis tu, dengan parent aku , makcik aku , semua aku xsempat ambik, sebab ahli keluarga tunang aku ramai yg datang masa tu,mereka sibuk melayan tetamu.  jadi kami xsempat nak bergambar sangat. aku happy walaupun takde gambar kenangan yang banyak dan cantik dari photog yg berpengalaman.setelah cincin tunang disarung oleh ibu tunang aku, yeay!!!  Alhamdulillah, aku sekarang tunangan Muhammad Faiz Bin Abd Rahim.