Hectic Week

Salam ebelibadeh , minggu ni aku tersangatlah sibuk. Its a hectic week.

Semester ni aku akan start praktikal pada 6/6/2016, jadi minggu study aku jadi pendek. Selalu satu semester ada 14 minggu untuk minggu belajar , 1 minggu untuk "study week" and baru la final exaam. Tapi semester ni aku hanya ada 12 minggu untuk minggu belajar , takde "study week" and minggu ke 13 aku terus ada final exam. Can u imagine it ??? Goshhh , seeteeressss taw.

This week aku ada test , ada presentation. Hmmm. Next week pon almost everyday ada exam. Bertabahlah.
Ini one of my BFF kat UPM. Muah cikett 

Ni separuh dari coursemate aku. Argh , wani , kau buat gaya poyo ni kenapa?
 Hari sabtu , Biochemistry Day Out. Biochemistry Day Out ni macam hari keluarga la untuk course aku ni. Macam-macam game yang biasanya akan disediakan oleh pelajar second year pada tahun tersebut. Tahun ni course aku buat kat Paya Indah Wetland , Dengkil. Tahun lepas kami adakan di Putrajaya Wetland.

Group Presentation untuk Environmental in Biochemistry.
Kau kenapa wani , huduh naw ropaanye.
 Hari Jumaat, group aku present pasal water pollution kat sungai Sri Serdang. Nampak tak model kitorang kat atas meja tu, gempak kan ? haha . Pengajaran dari presentation ni untuk korang kat luar sana, jaga lah sungai kita, jangan bagi tercemar. Ngeh~

Ni group presentation untuk Hormone in Biochemistry. Yang kat sebelah aku lecturer aku. Tu lecturer paling cool beb.
 Hari Jumaat pagi. Group aku present pasal Diabetes. Haa, nampak tak makanan banyak-banyak kat depan tu , tu makanan yang kita perlu berjaga-jaga. Pengajaran untuk korang ialah , kita kena jaga permakanan untuk elak dari kena diabetes. Diabetes ni memang susah nak cure, senang cita memang tak dapat nak cure lah. Haa, satu lagi , sekali korang dah kena diabetes , kemungkinan besorrrr korang akan dapat sakit jantung , buah pinggang, banyak lagi lah. Sebab tu lah bila pergi hospital, kebanyakannya dia akan tanya kita atau sedara mara ada diabetes atau tak. Hermm, muda-muda susah sikit nak nampak , tapi bila dah berusia, nampak la diabetes, and worse. So , jaga la pemakanan ye,  kurangkan sikit nasi yang selalu makan 6kali sehari tu. Banyakkan makan sayur, Pesanan ni untuk korang dan untuk aku jugak. Aku pon susah kot nak kawal pemakanan sebab aku suka minum air bergas dan fast food. :,(

Aku yang pakai tudung brown and baju maroon.

Khusyuk, fokus, and tawakal.Haha.
Hari Jumaat malam. Masa ni aku exam environmental in biochemistry. Result tak keluar lagi. Doa yang baik-baik k.
Selalulah berdoa , Semoga Wan Alif Syazwani Bt Wan Alias berjaya dengan cemerlang dan dapat capai cita-cita nya. Aamiin.

Maka , berakhirlah untuk minggu ni. There's another hectic week to face. Student's life. Biasa la, tak gitu ?

#prayforwani

Its Raining

Setelah sekian lama.Setelah bumi ini diserang El Nino. Petang ni hujan. Lebat.
Hujan , macam perasaan aku sekarang ni. Aku tahu , aku bukan seorang yang sempurna tapi aku usaha untuk jadi yang terbaik. 

Takpe la, nahh lagu yang femes sekarang 

Sudah ku tahu 

Seringkali. aku. menduga seringkali ini terjadi segala rahsia sudah ku tahu rupanya aku tak dicintai Untuk apa kau buat ku begini segala apa yang telah ku lakukan Airmataku mengalir dipipi segala yang ku korbankan tuk dirimu Mengapa masih lagi... ku berdiriku menunggu cintamu mengapa masih ada... mu menyakiti di siang malamku aku terima cintaku dipersiakan Sayang!! aku kau lupa aku kau luka tanpa kau sedar Sayang!! selamat tinggal akukan pergi buat selamanya Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ... Mengapa masih lagi... ku berdiriku menunggu cintamu mengapa masih ada.mu menyakiti di siang malamku aku terima cintaku dipersiakan Sayang!! aku kau lupa aku kau luka tanpa kau sedar Sayang!! selamat tinggal akukan pergi buat selamanya Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ... Sayang... aku kau lupa aku kau luka tanpa kau sedar Sayang... selamat tinggal akukan pergi buat selamanya Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ...

Hurt

00:45

Aku tulis entry malam-malam buta cenggini pasai mata aku tak nak tidur. Puas aku paksa suruh tidur, tak nak tidur jugak. Esok aku ada presentation tapi aku belum prepare apa-apa pun lagi. Habis , ko buat apa tak tidur lagi ni wani oiii.Kusut. Ye , tu lah jawapan sebab apa aku tak leh nak tido sekarang ni.

Sebab , fikiran aku kusut. Aku serabut. Kadang-kadang aku tahu bila aku kusut aku akan cari Allah , dan kadang-kadang bila aku bahagia , aku happy aku boleh lupa Allah. Astaghfirullahal 'azim. Ampun kan hamba mu yang hina ini Ya Allah. 

" Ya Allah , Kau tenangkan hati wani, beri kekuatan untuk wani hadapi hari-hari yang akan datang. Tetapkan hati wani , Sentiasa ingatkan wani tentang syurga dan nerakaMu , Ya Allah. Kuatkan hati wani untuk tempuhi segala dugaan daan ujian yang kau beri ini Ya Allah. Tunjukkan wani ke jalan Mu, jalan yang lurus , jalan oraang-orang yang beriman. " Aamiin. 


Tired just by hurting myself. -.-

Bibliobibuli - "Those who read too much"

Salam Alaik , 

Aku nak ceghita pasal BB1M yang PM kita bagi untuk students kat Malaysia ni. Termasuklah aku. Pada mulanya , aku berhajat nak jual je BB1M ni sebab aku tak tahu nak buat apa. Ye la kan, macam korang sedia maklum , semua dapat BB1M mase pertengahan semester. Aku pon , masa mula-mula dapat , macam apekeheeiii nyee ni. Sem dah start separuh jalan kot, so, aku pon buat kira-kira nak jual je. Aku pon scroll la wall pesbook aku , kot ade orang yang nak beli BB1M. Tapi.... tetiba keluar status kat page "Putra Confession", page untuk budak-budak UPM confess apa yang tersurat dan tersirat dan berselirat dalam hati tu. Aku malas nak screenshot status tu , sebab malas nak scroll balik. Banyak kot confession kat page tu. Tak tido malam aku kalau nak cari balik semata-mata nak screenshot untuk korang ni. 

Status tu lebih kurang camni la, " Jual BB1M ada unsur riba , dan untuk muslim memang xbaguihh la. Pasalnye , BR1m kita dapat RM250 , and bila korang jual , mostly korang akan dapat RM 200 jaa." So, dushh! terkena sebijik kat muka. Aku pon teruih batalkan niat aku untuk jual baucer buku aku tu. 

So , masa cuti midterm haghii tu aku pon bawak adik comel ni pegi beli buku kat KB Mall. Excited betul budak techik tu, habis semua subjek dia beli buku latihan (adik aku memang rajin macam aku) sampai buku latihan muzik pun dia nak beli. Mana la aku nak cari kedai buku yang jual buku latihan muzik tu. Feninggg dennn...  

Disebabkan banyak lagi yang lebih , so aku pun beli la buku-buku untuk aku jugak. Reward jugak untuk diri sendiri ni. Aku banyak beli buku motivasi. Aku taknak beli novel sebab sekarang malas dah nak baca buku panjang2 ni.
Sekarang ni aku tengah baca buku MatLuthfi. Tak menyesal wooo. Aku dah addicted pulak. Aku beli yang siri 2 terus tanpa baca siri 1.Sekarang aku memang akan cari siri 1 sampai dapat. 


Aku taktau la kenapa bila baca buku matluthfi ni , aku macam motivated sikit. Even aku tengah sedih , aku mampu tersenyum bila baca buku ni. 

Nota buku lali : ni bukan entry untuk review buku matluthfi ye.