Uhuk .Uhuk. Uhuk. Berhabuk naw dah blog ni. Haha. Sibuk punya pasal. Maklum la dah dapat title 'mek berkerjaya' dah sekarang ni.
Al-kisah Gincu dinihari
Tengah sedap aku diulik mimpi , tetiba aku tersentak sbb terdengar lagu 'I Need Ur Love' dari henset aku. Amboih , tajuk lagu siap aku kasi. Tangan aku teraba raba cari henset aku yg tak jauh dari kepala aku, mata aku pejam lagi la der,Malaih nak bangun punya pasal, dalam hati dah membebel dah sapa la kol aku pepagi ni.
Tanpa tengok skrin henset aku. Aku jawab kol tu,aku dengar suara lelaki , dah agak dah.mesti tunang aku ni. Takde orang lain dah nak kol pepagi ni , aku yang tengah mamai lagi ni dah membebel, pasaipa kejut aku awal2 pagi ni. Aku tengok jam , "haa , baru pukul 5.30pagi". Kejut aku pagi2 ni kenapa, nak ajak aku kawin lari ke.
Tetiba dia cakap , "kenapa pakai gincu tadi. Tak cantik la. Natural bibir dah lawa." Dia dah mula membebel pasal gincu aku pakai tadi. Aku dengar je la apa dia nak cakap. Dia tambah lagi " baju pun sama, kenapa pakai baju macam tu, kan cantik kalau pakai baju kurung ke apa ke, nampak matang sikit , ni dah macam budak2 sekolah je nengok nya".
Aku senyap.Pagi2 kol aku, sebab nak bagi tahu tu je. Dia sambung lagi , " lagi sekali pakai gincu , tak nak jumpa dah. Takyah make up, bia buruk macam tu je muka tu". Perasaan aku dah bercampur baur , marah dan malu sebab dia cakap aku mcm tu. Aku ingatkan dia suka dengan penampilan baru aku , tapi hampeh .
Aku senyap lagi. Dia taw aku dah sakit hati, dia pujuk aku balik , " tak lama lagi kita nak kawin dah , tak lawa pon pakai macam tu, bia la orang nak kata apa pon , yang penting awak cantik di mata saya. Saya kenal awak dulu, awak pakai kaca mata, bare face. Kenapa skrg kena make up semua ni. Tak payah la pakai simple2 je.Awak dah cantik di mata saya" Aku terdiam , perasaan marah , sakit hati semua hilang tetiba. Aku paham maksud dia sekarang.
Lepas habis sesi pujuk memujuk , "Dah tak payah fikir dah , bangun solat subuh". Ok, mithali.
Aku cuba jadi wanita .Aku akan cuba jadi bakal isteri solehah. Aku cuba untuk tak pakai gincu lagi
Tapi...
Gincu ni aku baru je beli. Arghhh , membazir!
alah sayang gincu tu..cantik warnanya.. pakai lah senipis yang boleh..
ReplyDeleteSalam singgah : www.yanieyusuf.com
нιнι , ιnѕyaAllaн aĸn dιpaĸaι ѕenιpιѕ мυngĸιn😘😘😘
DeleteDah kawen nanti, kena ikot cakap suami ... Gincu tu meh sini, akak pakai jer ...
ReplyDeleteĸιĸιĸι, тнanĸѕ ĸaĸ. nanтι ѕy нanтor ĸe rυмaн ye ĸaĸ
Deletecik jrg guna.. pakai lips balm je
ReplyDeleteѕaмa la , ѕυĸa gυna lιpвalм . тapι nι ngada ngada ѕιĸιт.naĸ acaн2 dewaѕa.нιнι
Deleteada beanrnya apa yang laki tu katakan. biarlah lawa di mata suami berbanding mata orang
ReplyDeletedone follow sini....
p/s terlalu banyak widget, lagu akan memberatkan blog....
нιнι. тq *wιll тry мy вeѕт
Deletedone follow sini
ReplyDeleteARZMOHA.COM
Salam dear..Akak follow sini ya..
ReplyDeletewww.akifimtiyaz.com
waѕalaм. тq ĸaĸ . nanтι ѕy jengυĸ2 aĸaĸ
Deletehehe..awal pagi cik tunang kol kejut subuh ye.. rindu msa zmn kapel sy dgn husb dlu cmtuelah..
ReplyDeletebtw simpan je lipstik tu dan pakai dpn suami je nnt. In shaa Allah dia suka ;)
done follow ur blog #348
jemput singgah dan follow blog sy
http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/
thanx :)
нιнι. oĸ ĸaĸ. ιn ѕнaa Allaн. nnтι ѕy ѕιnggaн ye.тenĸιυ
Deletesalam.. follow dan singgah disini dari g.a mimi adam :)
ReplyDeleteSy pakai natural lips balm je...
ReplyDeleteskrg saya pon pakai natural dah :D
Deleteskrg saya pon pakai natural dah :D
Delete