Apabila Lelaki Hanya Ada Diploma Dan Perempuan Mempunyai Ijazah 

          Assalamualaikum         
Entry hari ni mc cuma nak kongsi cerita dari Acik pemilik blog Aku penghibur.Mc tertarik dengan entry ni sebab macam kena je dengan situasi mc dengan dia sekarang ni. Huhu, mc harap cerita yang mc share hari ni bagi banyak manfaat kat mc dan semua ye... :D

                 
 Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur atas nikmatnya. Marilah kita berselawat ke atas nabi muhammad saw.Hari ini acik mendapat email bagi memberi respon terhadap status acik di facebook tentang Perempuan (Degree) Lelaki (Diploma).              Penghantar email : assalamualaikum , ini acik  pemilik blog aku penghibur tu kan ? Saya Mira ,rasa terpanggil pula nak kongsikan cerita hidup saya berkenan dengan status acik di page acik berkenaan perempuan Degree dan lelaki Diploma.                                                                                     
Acik : Walakumusalam, yer mira , saya pemilik akupenghibur.com. Wahh seronoknya ada yang mahu share cerita nie , alhamdulilah silakan.                                                                                   
 Mira : Naseb betul , puas juga cari email acik akhirnya jumpa jugak. Sebenarnya dah lama Mira nak contact dengan acik tapi tak tahu caranya. Okeylah macam gini acik, masa mira umur 24 tahun mira bagitahu pada parent bahawa mira mahu kawini calon pilihan mira.Pada mulanya, parent tak kisah bila mira sebut pasal kawin ni, tapi bila mira bagitahu yang lelaki tu hanya diploma saje ayah terus macam menolak dan suruh mira fikir banyak kali atas apa yang mira katakan. Bersediakah hanya lelaki sekadar diploma ??  Ayah selalu cakap cari lelaki itu lebih tinggi pendidikannya dan sekufu dengan kita. Sebab perempuan yang  mempunyai (degree) itu mungkin bergaji RM 4 ribu ke atas ke? pastu lelaki yang Diploma tu bergaji RM 2000 jer ? ayah dan ibu mira risau sangat kalau lelaki tu akan ambik kesempatan atas mira . Apa yang difikirkan  mereka adalah  seperti macam kereta takut dia gunakan kereta mira kerana abang hanya ada motor saje, takut nanti tiap-tiap bulan duit sewa rumah, mira bayarkan . perbelanjaan dapur,bila mengandung? - mira kena guna duit sendiri jugak untuk bersalin. persiapan anak-anak dan lain-lain.Bila dapat anak? - kos babysiter,,susu,pampers? mira yang kena tanggung.                                                                              
Acik : Wahh begitu terperinci, maaf mira acik nak tanya , mira ada buat istikarah ?  mungkin parent mira risau sangat tentang mira. Jadi bagaimana seterusnya adakah mereka setuju ? dan apa yang mira buat ?                                                                          
   Mira :Alhamdulilah acik, sebelum kawin,mira buat solat istikarah , selama 1 minggu untuk mendapatkan jawapannya, dan hati ni kuat mengatakan dia adalah jodoh mira. Mira bagitahu pada ibu tentang hal ini dan ibu sokong mira, ibu kata paling penting adalah agama, jika elok agamanya maka eloklah jalan hidupnya. Mira lega bila ibu restu kami .Dan mira tetapkan satu hari untuk abang berjumpa dengan parent mira. Ayah tegas katakan dia masih tak dapat terima, yelah abang hanya sekadar technician. Atas pujuk rayu mira dan ibu , ayah benarkan kami berkahwin kerana sayang pada mira. walaupon perkahwinan kami pada awalnya kurang senangi Ayah tetapi kini ayah dapat terima dia seadanya dan kami semua percayalah pada jodoh dan takdir Allah. Abang (suami) alhamdulilah jenis yang tak pernah tinggal solat dan mempunyai ilmu tentang agama.  Bila mira kawin dengan dia, mira rasa bahagia dan bersyukur dengan Jodoh dari Allah. Walaupon abang gajinya lebih kecil dari mira, segala belanja rumah dan keperluan kami dia yang tanggung, abang pandai manage kewangan dia dan segala pembelanjaaan.Niat mira kat sini bukan nak sanjung suami mira, tapi kepada kamu semua lelaki di luar sane, jangan cepat putus asa, percaya pada jodoh Allah dan sentiasa tingkatkan diri serta jangan jauh dari Allah. Alhamdulilah sekarang abang dah habiskan degree dia yang di ambil jarak jauh. Nasihat Mira lagi pada isteri yang lebih tinggi pendidikan/gajinya. Jangan hanya kerana kamu lebih dari si suami kamu berhak untuk marah-marah dan memperlekehkan kemampuan suami kamu,itu salah.Bila bergaduh jangan ungkit berungkit soal taraf pendidikan ,gaji dan apa sahaja yang awak rasa lebih dari suami.bagaimana pon dia adalah pilihan kamu dan sepatutnya kamu perlu terima. Nasihat mira pada semua , yakin pada Allah , jika ada keraguan buatlah istikarah  dan yakin denganNya. Carilah lelaki/ perempuan yang mementingkan agamanya, kerana hanya itu yang memastikan hidup kita bahagia atau tidak. Kawal pembelanjaan, dan usaha serta ada harta.Terima kasih acik kerana dengar cerita mira ini dan di siarkan Alhamdulilah mira, untung sekali kamu berdua, acik doakan perkahwinan kamu berkekalan di dunia dan di akhirat. nasihat acik pula..usahlah berkira tentang sekufu pendidikan.Cukuplah dia sempurna imannya dan ibu bapa kita merestui pernikahan.sekufu itu banyak cabangnya,jika tak dapat memenuhi semua kriteria.Terimalah dia seadanya sahaja kehidupan yang sebenar adalah kehidupan selepas berkahwin.sabar dan rajin berusaha untuk ke arah yang lebih baik dari segala segi..baik dari beribadat mahupun mencari harta benda .Memang la banyak cabaran kalau kahwin dengan orang yang tidak sekufu..tapi bukannya islam melarang. Yang penting, suami sedar tanggungjawab dia dan berusaha supaya taraf menjadi sama. Nabi Muhammad SAW pun berkahwin dengan Siti Khadijah tetapi mampu hidup bahagia walaupun tak sekufu (dari segi harta)...yang penting terima seadanya pasangan kita. Yang penting lelaki kena tau tanggungjawab dia, kena rajin cari rezeki, bersungguh-sungguh dan ikhlas cari duit untuk family, barulah rezeki tu berkat.Maaflah jika ada terkurang dari nasihat acik nie, Sebab acik pon belum berpengalaman tentang perkahwinan dan semua nie. Ini hanya sekadar pendapat acik yang banyak kekurangan nie :)        

#saya pun yakin jugak awak terbaik untuk saya .
In shaa Allah. Doa bg cepat2 boleh kawen ok. Haha .

Sumber : Acik

1 comment:

  1. 안녕하세요? Twinscraftlife is here~~ pls visit our blog! We sell cool handmade products^^ 꼭 오세요~~~ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete