Jom Travel


11 perkara anda JANGAN BUAT sewaktu travel.
Banyak info pasal travel terangkan apa korang kena buat kan? Kali ni aku nak share perkara korang JANGAN BUAT pulak.
1. Jangan makan atau minum di kawasan tumpuan pelancong.
by logik harga yang diletakkan memang mahal. Lagi satu kuantiti makanan pun sedikit. Sebab bila owner cafe or restoran tau yang pelancong ni takkan datang balik, jadi depa tak perlu risau dengan tahap konsistensi penyediaan makanan. Logik kan?
2. Jangan tukar duit di airport.
Airport adalah lapangan terbang. Logik akal mengatakan kapal terbang banyak digunakan oleh pelancong perniagaan atau mereka yang ada banyak duit. Selain itu, kos sewa premis di lapangan terbang juga lebih mahal. Jadi untuk menampung kos, depa akan kenakan caj tambahan setiap kali kita nak tukar duit.
Kalau terdesak, just tukar dalam kuantiti sedikit sebelum tukar di bandar.
3. Jangan abaikan travel insurans.
Travel insurans personal dengan airlines insurans tak sama. Sebaiknya beli Travel insurans khas. Ia boleh cover semua kejadian yang tidak diingini sewaktu berada di luar negara. Kecederaan, kehilangan harta dan flight delay semua dah cover.
Travellah dengan hati yang tenang. Baru kita dapat sesuatu dari hasil travelling kita nanti.
4. Jangan abaikan penginapan di hostel.
Apabila disebut hostel, kerap kali kita terbayang suasana asrama sekolah yang tidak terurus dan toilet yang kotor. Di Eropah, penginapan di hostel telah menjadi trend di kalangan traveller. Selain harganya yang murah, banyak kemudahan seperti memasak dan melepak disediakan. Kita juga berpeluang mendapat ramai kawan baru. Mana tau tulang rusuk korang ada kat situ kan? Rambut blonde dan mata biru lagi.
5. Jangan naik teksi.
Sebaiknya elakkan teksi kecuali korang dalam kumpulan yang ramai atau dah lewat malam.Tak kira teksi tu guna meter atau tidak, yang pasti ia akan memakan bajet yang besar dalam kos travel anda. Sedaya upaya cuba cari public transport yang lain dulu.
7. Jangan tukar atau ganti masa korang dengan wang ringgit.
Adakala kita sangat teringin untuk berjimat sewaktu travel. Untuk jimat sekitar rm100, korang sanggup ambik flight yang ada 2 kali transit. Adakah berbaloi rm100 dengan korang terpaksa letih dan macam2 ragam kat airport lagi. Ya, ia berbaloi kalau korang jalan kaki 10 minit berbanding bayar bas RM5 tapi untuk perjalanan jauh ia akan merugikan masa dan tenaga. Kita tak perlu terlalu berkira seteruk itu. Selalu buat penilaian wajar antara masa dan wang.
8. Jangan tempah terlalu awal.
Ok.. aku faham. Korang excited gila nak travel dan tak nak kelam kabut keja last minute. Tapi kadang2 persediaan terlalu awal boleh sebabkan korang bayar lebih mahal. Sabar dan tunggu promotion dari airlines dan hotel. Untuk flight, biasanya airlines akan buat promo 2 bulan sekali dan waktu terbaik sekitar 4 hingga 10 minggu sebelum fly. Airlines akan letakkan harga base on permintaan.
9. Jangan masuk mesin imbasan badan selagi beg korang tak masuk dulu.
Ada kemungkinan orang di belakang kita ada bawak barang terlarang. Dia akan try and error letak barang di tray kita. Kalau tak sangkut di mesin, dia akan ambik balik. Kalau sangkut kita jenuh nak menjawab. Sentiasa beringat sikit kita kat negara orang. Macam-macam boleh jadi.
10. Jangan kedekut duit RM10.60 per bag untuk wrap bag korang kat KLIA. Ada kemungkinan beg pecah atau barang korang kena rembat agak masa loading bag masuk kargo. Paling sadis kalau ada orang masukkan barang terlarang. Kita nak travel kalau boleh tak nak benda benda tak seronok berlaku. Just ambik langkah pencegahan je. RM10.60 sahaja.

11. Jangan abaikan tourist info.
Tempat yang paling selamat untuk korang bertanya arah dan tempat menarik adalah di sini. Mereka dibayar gaji untuk bagitau korang perkara terbaik apa yang sedang berlaku dan apa yang patut anda buat dan lawat. Secara amnya, mereka tau keseluruhan tentang bandar tersebut dan info biasanya tepat dan pasti korang takkan kena scam punya. Try ni ya.. korang takkan sesat.
credit : from facebook (lupa nama)
Jika bermanfaat, sila kongsi kepada kawan2 korang. Enjoy travelling !!

DUGAAN ALAM PERTUNANGAN AKU

Entry ni di catat dari ketinggian yang aku sendiri pun tak pasti , haha, dalam AK6443 di seat 16D dari KUL - KBR . Sambil dengar lagu 'Hurt' - Christina Aguilera.
Hari ni aku pergi airport , aku naik flight , aku berlepas tanpa pengetahuannya. Aku cuba hantar pesanan melalui aplikasi whatsapp , hanya dengan pesanan, "saya dah kat airport". Aku menunggu balasan dari dia, tapi tak ada satu pun pesanan yang masuk. Hanya panggilan dan pesanan dari ma aku sahaja yang aku terima. Alhamdulillah, masih ada yang sayang. 

But, bila tunang sendiri abaikan kita , it's hurt. Yesss, its HURT. aku sendiri pun tak tahu mana silap aku, tapi mungkin aku ada buat silap tanpa aku sedari. Masuk tiga hari aku dilayan macam ni. Mungkin ni yang dimaksudkan , dugaan bila bertunang. Aku tak nak cerita banyak pasal ni , aku cuma nak cerita pasal kenangan yang buat aku happy supaya aku dapat hadap semua dugaan dari setan ni.

Tunang aku??Aku bertuah sangat dapat dia, mungkin dia akan pimpin aku ke jalan yang benar suatu hari nanti, bila 'Aku terima nikahnya' atas nama aku dilafazkan oleh dia. Aku tunggu saat-saat bahagia tu. Aku tahu , setiap orang ada lebih ada kurangnya. Dan aku pun , aku harap dia akan terima kekurangan aku. In Shaa Allah. Aku menanti saat untuk aku cipta kenangan yang beri kebahagiaan dan diredhai olehNya.Sungguh aku tak sabar untuk perolehi saat itu.

Ramai orang pertikai keputusan aku untuk kahwin di usia ini. Katanya terlalu muda untuk aku, dan aku masih belajar dan masih berbaki 2 tahun untuk tamatkan pengajian aku. Bagi aku, aku dah tak sanggup untuk mencipta lebih banyak dosa diusia muda aku dengan merindui orang yang bukan Halal bagi aku. Aku nak Halal, Aku nak Pahala , Aku juga manusia , pendosa yang ingin kan syurga. Aku harap Allah mudahkan urusan kami yang aku rasa berat untuk aku tanggung tika saat ni, setelah 6 bulan kami di ikat sebagai tunang.Dugaan demi dugaan perlu ditempuhi.

Aku pilih tunang aku, sebab aku tahu dia terbaik. Aku tulis semua ni dalam keadaan hati aku sedikit terluka , sikit je taw, tapi aku taw aku kena kuat untuk pertahankan hubungan aku dengan dia. Tak ada satu pun perhubungan yang tidak pernah punyai masalah. 

INILAH DUGAAN AKU DALAM ALAM PERTUNANGAN.
#bilanakkawinni

Happy Birthday My Dear Fiancee

Entry ni sambungan dari entry lepas. 

Entry lepas aku cerita macam mana aku sambut birthday ma aku, kali ni untuk tunang aku plak ye.

21 ⓢⓔⓟⓣⓔⓜⓑⓔⓡ 2015

Disebabkan aku tak dapat balik raya haji , so untuk birthday tunang aku, aku just plan untuk pos je hadiah ke rumah dia. Tapi tunang aku ni, dia caring sikit.haha. dia tak nak aku sedih and beraya sorang-sorang kat UPM ni, so, dia nak datang ambik aku kat kl ni. Yes, thats my fiancee. Thats why i love him so much. 
Dari kelantan ke KL, semata-mata nak aku balik beraya dengan family. mula-mula aku risau jugak, takut jadi apa-apa kat dia. tapi takpe la, sebab dia yang sanggup kan. haha. 

Disebabkan dia nak datang ambik aku, aku tukar plan , tak jadi nak pos hadiah birthday dia. Aku hire surprise birthday planner yang kat area selangor plak untuk dia. Aku mintak dia datang awal sikit , dengan alasan dia boleh rehat kejap sebelum bertolak balik sebab dia sorang je yang drive kan. And yes, dia setuju. So, aku plan untuk deco hotel yang dia akan tidur untuk malam tu, and of course aku takde masa dia masuk bilik tu. Haram beb berdua duaan kat hotel ! otak jangan kuning! haha
Aku sewa hotel dekat dengan UPM supaya dia senang nak g ambik aku kat UPM nanti.

Aku plan macam-macam, maklum la takut tak menjadi lagi surprise aku ni, tak tidur malam aku fikir taw. over nye kau ni nyahhh ~

And finally, the day have come. Sepatutnya tunang aku bertolak pagi , tapi disebabkan dia lupa renew lesen dia , dia terpaksa patah balik ke bandar untuk renew lesen dia. So dia bertolak lewat and sampai pon lewat. Aku plan nak bawak dia makan kat mines, tapi bila jadi macam ni, tak dapat la nak makan kat mines sama-sama.Bila dia dah sampai, ada sedikit pertengkaran kecil antara kami. mungkin sebab dia penat sangat and lapar,katanya dari pagi tak makan nasi lagi sebab tak nak sampai lewat sangat. Yang aku pulak , asyik kol tanya dia kat mana. eksaited la katakan, mana tak serabutnya kalau tengah drive aku asyik kol je kan.sampai je, angin dia dah tak ok, dia dah mula marah-marah sebab benda kecil, aku sabar. 
Dalam keadaan marah, dia terus keluar kereta, masuk hotel. Aku plak terbiar kat dalam kereta tu. Dia suruh aku drive sendiri balik UPM. Haaaa, balik sendiri???aku mana pernah drive kat sini, mana la aku berani.lagi la malam-malam macam tu. aku tak berganjak dari tempat duduk aku tu , and damn it! aku menangis! aku tak taw aku menangis sebab apa, semua dah bercampur, kecewa, sedih, takut. macam-macam ada lah. lebih kurang 5 minit , fon aku berbunyi. baru nak fefeeling drama, nak nangis kuat2 , fon plak berbunyi.kacau betul. tunang aku kol. aku angkat fon tu dalam keadaan teresak-esak. saja je buat bunyi teresak-esak tu kuat-kuat sebab nak kasi dia tahu yang aku ni menangis. haha. 
masa dia kol , dia terus tanya aku kenapa buat dia macam ni.hmm , dia cakap dia malu nak turun sebab dia tak tahu yang aku akan buat semua tu kat dia. and teka apa jadi. tunang aku sedih beb! :( lagi la aku rase nak menangis bila dengar dia nangis. dia minta aku tunggu sampai dia keluar dari hotel. 
kitorang pon pegi makan and dia hantar aku balik UPM. happy ending ~ 

            
and yang paling aku tak sangka, semua staff hotel tu kenal dia sebab nampak aku duk keluar masuk dengan akak birthday planner tu bawak belon bagai. semua wish congrates kat dia. ehem, hepi ye bang ~
                                 
           
kad buat sendiri wey,dua malam tak tido demi sekeping kad. :D

Happy Belated Birthday My Love

A тнrowвacĸ enтry
 
мy lovely мoм pυan noraιnι ιѕмaιl тυrn 42 and 
мy dear ғιance МυнaмМad Ғaιz aвd raнιм тυrn 25. yeay!!!

Entry ini aku coretkan untuk jadikan satu memori untuk diri aku sendiri.

Selama 4tahun aku kenal tunang aku, aku akan pastikan setiap tahun aku akan sambut birthday dia. Ehemmm , bukan dia je ya. semua ahli family aku, aku akan buat diorang gembira masa birthday diorang.

Actually, aku plan untuk sambut birthday ma aku sekali dengan birthday tunang aku sebab kebetulan tarikh birthday diorang dekat-dekat , which is on september. aku plan untuk balik kampung and sambut birthday diorang dekat rumah aku sebab kebetulan jugak tarikh birthday diorang hampir dengan tarikh hari raya haji. so, aku plan untuk celebrate masa hari raya haji. 

Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. 
Nak dijadikan cerita, aku hanya dapat cuti sehari je. hari raya pertama je yang aku dapat cuti.dan yang paling sadis , tiket untuk aku balik kampung HABIS. omg , ni semua dugaan. takpe aku redha.so,aku tukar plan untuk hire surprise birthday planner,dan hantar hadiah exactly on the date of their birthday.(maaf english aku broken,tengah try untuk improve )

15 ⓢⓔⓟⓣⓔⓜⓑⓔⓡ 2015

Birthday ma aku, Puan Noraini Binti Ismail

Happy Birthday ma,semoga panjang umur dan murah rezeki. I will love u till my last breath.You are the best mom in the world.Angah akan berusaha untuk jadi anak yang baik dan berguna untuk ma dan we.Angah sayang sangat ma dengan we.sangat sangat sangat.

Malam birthday ma aku, aku suruh surprise birthday planner tu hantar hadiah ke rumah aku. Lebih kurang pukul 8 malam, ma aku kol and cakap thank you. Wahhh , aku happy tak terkata dengan hanya ucapan thank you. sebab terlalu happy , aku tak sedar air mata aku mengalir. terharu sangat. tapi tiba-tiba kakak aku kol. "surprise tak menjadi".katanya sis tu dah kol ma aku awal-awal sebab tak tahu jalan nak ke rumah aku.patutla dia mintak nombor ma aku sekali.kahkahkah.spoil. 
                            
                      

#OneStepCloser

Friday , 10th April 2015.                                                                                                 

I am officially a fiancee to Muhammad Faiz Abd Rahim. Alhamdulillah.Boleh merasa jugak la #onestepcloser . What??? Bertunang sebab nak guna #onestepcloser je. Haha. omg. no no no .                           
Tak bermoral sangat niatnya punnnn. Majlis pertunangan kami tak sehebat majlis orang lain, kami merancang untuk bertunang lebih kurang sebulan sebelum majlis kami berlangsung. Masa untuk persiapan majlis kami teramat la singkat. Disebabkan tu sahaja cuti yang aku ada , dan itu saja masa yg terluang , jadi kami ambil keputusan untuk meneruskan juga perancangan kami. semua urusan agak kelam kabut sebab aku terpaksa selitkan masa sedikit untuk persiapan majlis kami tu. Alhamdulillah , parents aku dgn parents tunang aku sanggup tolong untuk memudahkan persiapan kami. Perkara pertama yg kami beli ialah cincin tunang , kami hanya sedia kan 5 dulang bagi kedua-dua belah pihak. 

5 dulang yg aku sedia kn , satu bentuk cincin, yang lain ialah kek , kain untuk baju melayu , set wallet lelaki, dan coklat. Kami x de jurukamera, aku hanya guna kamera fon kakak dan juga kawan2 aku.Memadai bagi aku, asalkan majlis kami berjalan lancar.  Pelamin yang aku gunakan juga hasil tangan ibu dan mak sedara aku.Make up aku , kakak sulong aku yang make up kan. Jadi , budget untuk majlis kami tidak lah terlalu berlebihan dan tidak terlalu mahal. Baju yang aku guna kan untuk bertunang pula, aku ajak kawan baik aku teman untuk cari di Jalan TAR. Maklum la, aku nak sewa pon memang dah tak sempat, jadi aku ambik keputusan untuk beli je. Harganya pun berpatutan . Dengan harga RM300 ak dapat baju tu dengan veils. Alhamdulillah, puas hati n bersesuaian dengan tema kami, warna peach. Cuma baju sy dgn encik tunang, berbeza sikit tone warnanye.                       

Pada mulanya, tunang aku xnak datang majlis tu sebab dia demam. Lagipun ,kalau ikut kiraan sebenar masa majlis bertunang, bakal tunang tak perlu hadir,cukup dengan hanya wakil keluarga saje yg hadir   ke majlis.Tapi, dia buat keputusan last minute untuk pergi jugak ke majlis " keluarga lelaki dah sampai!" sepupu aku meluru masuk ke bilik aku.                      

Lepas je solat jumaat, keluarga pihak lelaki sampai.Aku dah mula berdebar, tangan aku dah mula sejuk macam mayat hidup. Sepupu aku masuk bilik lagi sekali, dengan muka hairan dia tanya aku, " kenapa bakal tunang mu pakai baju biru?". Terkejut sangat aku masa tu,sbb kitorang dh janji baju warna peach. Rasa nak nangis pon ada, mane x nye, kitorang dh janji nk pakai baju sama, aku cuba intai dari dalam. "eyh, tu bukan warna peach ke dia pakai. yg biru tu adik dia la". fuhhh, lega aku. macam mane sepupu aku boleh tertukar adik tunang aku dengan tunang aku,sedangkan diorang sgt berbeza. omaigodddd, nasib baik.                                                                                                                                            
Bila semua orang dh masuk, aku tunggu je dlm bilik , tunggu masa untuk disarung cincin.Aku dengar diorang gelak2 kt luar, aku kt dlm bilik xtaw apa yg diorang bualkan. sabar menunggu. Aku xde banyak gmbr yg aku sempat ambik masa majlis tu, dengan parent aku , makcik aku , semua aku xsempat ambik, sebab ahli keluarga tunang aku ramai yg datang masa tu,mereka sibuk melayan tetamu.  jadi kami xsempat nak bergambar sangat. aku happy walaupun takde gambar kenangan yang banyak dan cantik dari photog yg berpengalaman.setelah cincin tunang disarung oleh ibu tunang aku, yeay!!!  Alhamdulillah, aku sekarang tunangan Muhammad Faiz Bin Abd Rahim.                                                                              
                                         

Tentang Gincu

Uhuk .Uhuk. Uhuk. Berhabuk naw dah blog ni. Haha. Sibuk punya pasal. Maklum la dah dapat title 'mek berkerjaya' dah sekarang ni.
Al-kisah Gincu dinihari
Tengah sedap aku diulik mimpi , tetiba aku tersentak sbb terdengar lagu 'I Need Ur Love' dari henset aku. Amboih , tajuk lagu siap aku kasi. Tangan aku teraba raba cari henset aku yg tak jauh dari kepala aku, mata aku pejam lagi la der,Malaih nak bangun punya pasal, dalam hati dah membebel dah sapa la kol aku pepagi ni.
Tanpa tengok skrin henset aku. Aku jawab kol tu,aku dengar suara lelaki , dah agak dah.mesti tunang aku ni. Takde orang lain dah nak kol pepagi ni , aku yang tengah mamai lagi ni dah membebel, pasaipa kejut aku awal2 pagi ni. Aku tengok jam , "haa , baru pukul 5.30pagi". Kejut aku pagi2 ni kenapa, nak ajak aku kawin lari ke. 
Tetiba dia cakap , "kenapa pakai gincu tadi. Tak cantik la. Natural bibir dah lawa." Dia dah mula membebel pasal gincu aku pakai tadi. Aku dengar je la apa dia nak cakap. Dia tambah lagi " baju pun sama, kenapa pakai baju macam tu, kan cantik kalau pakai baju kurung ke apa ke, nampak matang sikit , ni dah macam budak2 sekolah je nengok nya".
Aku senyap.Pagi2 kol aku, sebab nak bagi tahu tu je. Dia sambung lagi , " lagi sekali pakai gincu , tak nak jumpa dah. Takyah make up, bia buruk macam tu je muka tu". Perasaan aku dah bercampur baur , marah dan malu sebab dia cakap aku mcm tu. Aku ingatkan dia suka dengan penampilan baru aku , tapi hampeh . 
Aku senyap lagi. Dia taw aku dah sakit hati, dia pujuk aku balik , " tak lama lagi kita nak kawin dah , tak lawa pon pakai macam tu, bia la orang nak kata apa pon , yang penting awak cantik di mata saya. Saya kenal awak dulu, awak pakai kaca mata, bare face. Kenapa skrg kena make up semua ni. Tak payah la pakai simple2 je.Awak dah cantik di mata saya" Aku terdiam , perasaan marah , sakit hati semua hilang tetiba. Aku paham maksud dia sekarang. 
Lepas habis sesi pujuk memujuk , "Dah tak payah fikir dah , bangun solat subuh". Ok, mithali. 
Aku cuba jadi wanita .Aku akan cuba jadi bakal isteri solehah. Aku cuba untuk tak pakai gincu lagi 
Tapi...
Gincu ni aku baru je beli. Arghhh , membazir!

KAHWIN Tambah Rezeki | Gua mau kawin

gempak je tajuk entry
jyeahhh! gua mau kawin ! haha
oh mama , saya mau kawin ,
kawin dengan siapa ,
dengan siapa saja......
****gedik tahap melampau
tak habis - habis lagi ni haa topik nak kawin .
mc asyik terpikir , taktahu kenapa , rasanya sebab gedik , gelenya semua ada, haha
tapi mc rase , mc akan kawin lagi 5 tahun , :3
ayoiiii , lamanye , huhu , yela , mc belaja ada lagi 4.tahun , keje dulu , lama tuuuu
tapi mc dah plan dah nak kawin ni , haha , mengada
plan untuk masa hadapan ,
mc kan mc nak kawin kalu boleh mc nak ni jadi barang hantaran , comel kan ?
kawin di usia muda tak salah pun .
sebab Rasulullah pernah bersabda , 3 perkara yang perlu kita segerakan
1) menunaikan solat setelah azan berkumandang
2) mengebumikan jenazah
3) mengahwinkan anak perempuan jika dia telah bertemu calon
lagi pun dengan berkahwin , maksiat dapat dielakkan , pahala dapat banyak , haaaa
pilih nak PAHALA ke DOSA
mesti la nak pilih PAHALA kan , so, think about it
tapi mc belum ready , In Shaa Allah , ada jodoh tak kemana
nanti kahwin mc nak apa ? rumah yang macam ni ,dalam rumah ada kolam macam ni , bilik tido macam ni , pergi honeymoon kat sini and bila kahwin nak baju macam princess ANGAN - ANGAN MINAH JENIN , :3 amboiii , ni dah macam kahwin dengan menteri KOREA SELATAN , nak jugak KOREA tu.... haha , mengada , itu SEMUA POYOOO ! takde makna nya semua tu , kalau kahwin mc cuma nak kebahagiaan , sebab dengan kebahagiaan akan membawa kita kearah kesempurnaan hidup.Dalam hidup kita tak perlu nak mengharapkan kekayaan , kesenangan , pangkat atau darjat untuk mencapai kesempurnaan hidup. kerana tanpa kebahagiaan , tiada kesempurnaan hidup. dan tanpa Redha dan keikhlasan , tiada kebahagian . Jadi , kita perlu ikhlas dan Redha dalam melakukan segala perkara sama ada beribadat, belajar atau bekerja . Yakin dengan Allah , In Shaa Allah , Allah pasti membantu hambaNya , untuk mencapai kebahagiaan di DUNIA dan AKHIRAT .