Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Maka hari ni mc' baru menyedari akn kisah sebenar Ahmad Ammar , agak terlambat bagiku menyedari semuanya . Allahu Rabbi , sungguh mulia orangnya. Mc' sebenarnya telah mengetahui tentang pemergian sejak beberapa hari yang lalu, tapi hari ni baru mc' rasa untuk mendalami kisah sebenar Ahmad Ammar .Ahmad Ammar ialah rakyat Malaysia belajar di Istanbul dan bersemadi di Istanbul di negara asing . Malah,  berjirankan makam sahabat Rasulullah ,Abu Ayub Al-Ansari.
Ammar berusia 20 tahun, hanya tua setahun dari ku, malah dia seorang sangat hebat.Jauh lebih hebat dariku dan juga sesiapa sahaja yang seusia dengan Ammar dan juga diriku.Hari ini aku malu dengan Ammar dan diriku sendiri .




klik untuk tumbesaran

luahan seorang ayah :'(

 Ammar, usiamu masih muda saat kau dijemput Allah S.W.T.
Namun kau tak pernah sekali pun mensia-siakan usiamu itu ,
 Tidak pernah terlintas dihati kau untuk bersuka-ria seperti mana remaja di akhir zaman ini.
Kau melaksanakan suruhan dan perintah Allah ,
Walaupun perjalananmu hanya la seketika ,
Namun kau menguatkan hati dan jiwa mu
Kau turuti sunnah Rasulullah
Kau berjihad kerana Allah
Walaupun usiamu muda
Namun saat kepergianmu amat dimuliakan
Ahmad Ammar ,
kau meninggal dibumi asing bagi mu
Namun saudara seislam disana amat menghormati mu
mengagumimu, memuliakanmu,
Ramai yang berebut untuk mengusung jenazahmu ,
Kau berjirankan makam sahabat Rasulullah
Didunia Tuhan sudah menujukkan betapa kau dimuliakan
Wahai Ahmad Ammar,
Allahu Rabbi
 Sudah tentu para malaikat juga berebut untuk menyambutmu 
Subhanallah
Berpeluangkah remaja lain untuk menjadi sepertimu ?


 syair Imam Syafi'e

Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat.
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,

Selepas mc' tengok videonya , sangat menyentuh perasaan.
moral nye : mc' harap mc' dapat jadi macam Ahmad Ammar , walaupun tidak mampu berjihad di negara asing , di negara sendiri ,malah untuk diri mc' sendiri juga.
mc' harap remaja2 semua mampu ikut seperti Arwah Ahmad Ammar , dia masih muda namun dia sangat mulia . :')


Ahmad Ammar Dalam Kenangan :)




No comments:

Post a Comment