Hectic Week

Salam ebelibadeh , minggu ni aku tersangatlah sibuk. Its a hectic week.

Semester ni aku akan start praktikal pada 6/6/2016, jadi minggu study aku jadi pendek. Selalu satu semester ada 14 minggu untuk minggu belajar , 1 minggu untuk "study week" and baru la final exaam. Tapi semester ni aku hanya ada 12 minggu untuk minggu belajar , takde "study week" and minggu ke 13 aku terus ada final exam. Can u imagine it ??? Goshhh , seeteeressss taw.

This week aku ada test , ada presentation. Hmmm. Next week pon almost everyday ada exam. Bertabahlah.
Ini one of my BFF kat UPM. Muah cikett 

Ni separuh dari coursemate aku. Argh , wani , kau buat gaya poyo ni kenapa?
 Hari sabtu , Biochemistry Day Out. Biochemistry Day Out ni macam hari keluarga la untuk course aku ni. Macam-macam game yang biasanya akan disediakan oleh pelajar second year pada tahun tersebut. Tahun ni course aku buat kat Paya Indah Wetland , Dengkil. Tahun lepas kami adakan di Putrajaya Wetland.

Group Presentation untuk Environmental in Biochemistry.
Kau kenapa wani , huduh naw ropaanye.
 Hari Jumaat, group aku present pasal water pollution kat sungai Sri Serdang. Nampak tak model kitorang kat atas meja tu, gempak kan ? haha . Pengajaran dari presentation ni untuk korang kat luar sana, jaga lah sungai kita, jangan bagi tercemar. Ngeh~

Ni group presentation untuk Hormone in Biochemistry. Yang kat sebelah aku lecturer aku. Tu lecturer paling cool beb.
 Hari Jumaat pagi. Group aku present pasal Diabetes. Haa, nampak tak makanan banyak-banyak kat depan tu , tu makanan yang kita perlu berjaga-jaga. Pengajaran untuk korang ialah , kita kena jaga permakanan untuk elak dari kena diabetes. Diabetes ni memang susah nak cure, senang cita memang tak dapat nak cure lah. Haa, satu lagi , sekali korang dah kena diabetes , kemungkinan besorrrr korang akan dapat sakit jantung , buah pinggang, banyak lagi lah. Sebab tu lah bila pergi hospital, kebanyakannya dia akan tanya kita atau sedara mara ada diabetes atau tak. Hermm, muda-muda susah sikit nak nampak , tapi bila dah berusia, nampak la diabetes, and worse. So , jaga la pemakanan ye,  kurangkan sikit nasi yang selalu makan 6kali sehari tu. Banyakkan makan sayur, Pesanan ni untuk korang dan untuk aku jugak. Aku pon susah kot nak kawal pemakanan sebab aku suka minum air bergas dan fast food. :,(

Aku yang pakai tudung brown and baju maroon.

Khusyuk, fokus, and tawakal.Haha.
Hari Jumaat malam. Masa ni aku exam environmental in biochemistry. Result tak keluar lagi. Doa yang baik-baik k.
Selalulah berdoa , Semoga Wan Alif Syazwani Bt Wan Alias berjaya dengan cemerlang dan dapat capai cita-cita nya. Aamiin.

Maka , berakhirlah untuk minggu ni. There's another hectic week to face. Student's life. Biasa la, tak gitu ?

#prayforwani

2 comments:

  1. All the best Wanie. :) Semoga semua urusan dipermudahkan yer.

    ReplyDelete