Punca Mood Swing Semasa Datang Bulan

okay , first of all , ni bukan entry 18sx , pervert , or watever lah. ni just perkongsian untuk perempuan and lelaki yang bakal ada isteri nanti supaya lebih memahami perempuan. bagi perempuan yang datang bulan mesti pernah rasa tiba-tiba mood berubah kan,
bagi lelaki plak bila perempuan tiba-tiba marah atau merajuk , dia mesti terpikir , apa yang dia dah buat salah kan ?
hmm, actually , perubahan hormon yang telah membuat kan mood perempuan cepat berubah bila datang bulan , "mood swing"
so , bagi pihak lelaki kena lah paham perempuan tu bila mood dia berubah , jangan pulak bila dia merajuk , korang marah dia , ni akan buat emosi perempuan lagi terganggu , so , guys , u better watch out kayh ?
emosi wanita memang banyak dipengaruhi hormon ,


read this !
JANGAN mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba. Perubahan ini mungkin menyebabkan mereka menjadi seorang yang begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya.Tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini.Hakikatnya ialah bukan mudah menjadi seorang wanita. Namun, inilah yang harus dilalui oleh wanita dalam meniti setiap fasa kehidupan mereka.

Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.Andai kurang persediaan dan pengetahuan mengenai setiap fasa perubahan ini, banyak masalah boleh timbul.Masalah bukan saja dihadapi oleh wanita terbabit, malah kepada orang yang rapat dengan mereka.

Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak
disedari oleh ramai wanita.Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka.
Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.

``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi
oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.

``Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca
mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi,'' katanya.


Beliau tidak menafikan kurangnya pemahaman berhubung perubahan emosi wanita boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada penceraian.Dr. Suraya memberitahu, emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka.Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.

``Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar
dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.

``Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia
boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit,''
katanya.


Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar ovari. Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.Pada masa yang sama hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh. Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit.Dr. Suraya menjelaskan, ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron boleh menyebabkan perubahan kepada wanita terbabit.

``Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan
mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau
mengalami kemurungan,'' ujarnya.


Bagaimanapun, katanya, bukan semua wanita mesti melalui perubahan emosi.Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang menyebabkan seseorang wanita seolah-olah mengalami kemurungan.Malah, para penyelidik turut mengesahkan bahawa hormon boleh mempengaruhi pengeluaran endorfin yang berfungsi mengawal emosi dan mood.

Tambah beliau, tiga fasa kehidupan yang menyebabkan wanita boleh
mengalami perubahan ketara ialah:

- Fasa sebelum pusingan haid

- Fasa selepas melahirkan anak

- Fasa selepas menopaus (putus haid)


A. Fasa sebelum pusingan haid (Pre-menstrual syndrome - PMS)

Di seluruh dunia, berjuta-juta wanita menganggap apa yang berlaku setiap bulan umpama satu pusingan jam biologi.Keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat dan sebagainya sering kali dikaitkan dengan pusingan haid.Sehingga hari ini belum ada satu teori yang berjaya membuktikan mengapa wanita mengalami perubahan mood atau emosi setiap kali mereka hampir dengan fasa pusingan haid mereka.Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang menimbulkan tindak balas abnormal.Gejala PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid.Ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku. Gejala-gejala ini hanya sementara waktu dan tidak begitu mengganggu rutin harian seseorang wanita.Ia merangkumi gangguan pada psikologi, perut, kulit, kandungan cecair pada badan dan lain-lain.Ini termasuklah perubahan dari segi selera makan, kemaruk makan,
jerawat, mood terganggu, gangguan tidur dan emosi terlalu sensitif

untuk lebih lagi boleh la baca sini 

No comments:

Post a Comment